Sunday, August 29, 2010

SISTEM RANGKAIAN KOMPUTER

1 ). File Server - Pelayan Fail

# File server merupakan jantung bagi semua rangkaian. Ia adalah komputer yang laju dan mengandungi jumlah RAM serta ruang menyimpan yang besar disamping kad antaramuka yang laju. 

# File server mengawal hubungan maklumat antara nod dalam rangkaian.

 CONTOH : Komputer akan mengawal apabila kita menghantar perisian pemproses kata ke satu stesen kerja lain, menerima fail pangkalan data dari stesen kerja lain dan menyimpan pesanan e-mel dalam masa yang sama. Ini menyebabkan kita memerlukan komputer yang boleh menyimpan maklumat yang banyak dan boleh berkongsi dengan lain dalam tempoh yang singkat.

2) Workstation - Stesen Kerja 

# Semua komputer yang bersambung dengan file server dipanggil workstation

# Semua komputer workstation mengandungi kad antaramuka rangkaian, perisian rangkaian dan kabel yang sesuai.

# Workstation tidak perlu pemacu cakera liut atau pemacu cakera keras sebab fail-fail boleh disimpan dalam file server. Kebanyakan komputer boleh berfungsi sebagai stesen kerja.

3) Network Interface Cards - Kad Antara Muka Rangkaian

 # Network Interface Cards (NIC) merupakan penyambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja.

# Kebanyakan NIC dimasukkan dalam komputer pada salah satu slot tambahan. 

# NIC adalah penentu bagi kelajuan dan kecekapan sesuatu rangkaian. Adalah lebih baik menggunakan NIC yang laju mengikut jenis rangkaian yang digunakan.

# Jenis NIC yang biasa digunakan ialah kad Ethernet,  LocalTalk dan kad Token Ring. 

0 comments:

Post a Comment