skip to main |
skip to sidebar
1 ). File Server - Pelayan Fail
# File server merupakan jantung bagi semua rangkaian. Ia adalah komputer yang laju dan mengandungi jumlah RAM serta ruang menyimpan yang besar disamping kad antaramuka yang laju.
# File server mengawal hubungan maklumat antara nod dalam rangkaian.
CONTOH : Komputer akan mengawal apabila kita menghantar perisian pemproses kata ke satu stesen kerja lain, menerima fail pangkalan data dari stesen kerja lain dan menyimpan pesanan e-mel dalam masa yang sama. Ini menyebabkan kita memerlukan komputer yang boleh menyimpan maklumat yang banyak dan boleh berkongsi dengan lain dalam tempoh yang singkat.
2) Workstation - Stesen Kerja
# Semua komputer yang bersambung dengan file server dipanggil workstation.
# Semua komputer workstation mengandungi kad antaramuka rangkaian, perisian rangkaian dan kabel yang sesuai.
# Workstation tidak perlu pemacu cakera liut atau pemacu cakera keras sebab fail-fail boleh disimpan dalam file server. Kebanyakan komputer boleh berfungsi sebagai stesen kerja.
3) Network Interface Cards - Kad Antara Muka Rangkaian
# Network Interface Cards (NIC) merupakan penyambungan fizikal antara rangkaian dengan komputer stesen kerja.
# Kebanyakan NIC dimasukkan dalam komputer pada salah satu slot tambahan.
# NIC adalah penentu bagi kelajuan dan kecekapan sesuatu rangkaian. Adalah lebih baik menggunakan NIC yang laju mengikut jenis rangkaian yang digunakan.
# Jenis NIC yang biasa digunakan ialah kad Ethernet, LocalTalk dan kad Token Ring.
0 comments:
Post a Comment